Tuesday 9 August 2011

Ramadhan Bulan Pesta Ibadah



Ramadhan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Memang diakui bahawa Ramadhan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega. Tetapi ramai antara kita yang tidak terfikir bahawa Ramadhan sebenarnya adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramadhan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakkan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.

Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan. Kerana pahala itu tidak nampak seperti keuntungan berniaga di pasar Ramadhan. Orang berebut-rebut untuk dapatkan tapak pasar malam, tetapi tidak berebut-rebut untuk dapatkan tempat di majlis-majlis ilmu, zikir, dan majlis agama yg lain. Bukan salah berniaga, bahkan ia sunnah, tetapi tidak lagi menjadi sunnah andai solat asar dan maghrib tergadai akibat sibuk dengan persiapan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Rindu Korea!!!

Ok entri kali ni namanya entri malas nak menaip. So kita cuci mata tgk gambar keindahan alam ciptaanNya jelah ye hehe... kat bawah ni antar...