Sunday 22 July 2012

Special for Muslimah...

Salam Ramadhan kepada rakan2 muslimah yang cantik sekalian...Entri kali ini spesel untuk anda2 yang cantik sekalian hehe...^____^

Saya terdetik untuk berkongsi mengenai ibadah yang boleh dilakukan oleh kaum Hawa ketika ber'cuti' di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mesti ramai di kalangan kita yang berasa agak kecewa kerana tidak berkesempatan untuk beribadah seperti yang lain kan?huhu... Tapi percayalah Allah itu Maha 'Adil, walaupun kita diberi 'cuti', tidak boleh solat, tidak boleh berpuasa & tidak boleh membaca Al-Quran, kita masih boleh mengutip seberapa banyak pahala yang boleh ketika Ramadhan ini. Saya mendapat informasi ini pun dari blog2 yang saya baca, sekadar untuk berkongsi sesama rakan2 muslimah. Harapnya dapat menjadi informasi berguna kepada semua.


Wanita Insan Istimewa

Kaum Hawa nie memang istimewa kan? Allah siap beri cuti lagi kat kita tiap-tiap bulan.

 Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.

Subhanallah, Engkau Maha Pemurah ya Allah. Begitulah betapa sayangnya Allah kepada kita wahai wanita2 muslimah sekalian.


Tips2 Ibadah Wanita Ketika Ber'cuti' di bulan Ramadhan

1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan. 

2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqamah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.
Disebutkan di dalam hadis; 
"Doa di antara azan & iqamah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi] 
3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;
i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.
ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.
iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]

4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-ma'thurat pagi & petang.

5) Berdoa & beristighfar.

6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)

7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.

8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.

Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]

9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat


Semoga kita sama- sama dapat mengumpul pahala Ramadhan dengan sebanyak- banyaknya. ^_____^

Source: http://syauqahwardah1209.blogspot.com

To be Continued...

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Alhamdulillah ...syukur, kita dipanjangkan umur, masih lagi berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan pada kali ini. Diharapkan Ramadhan pada kali ini membawa perubahan yang lebih baik kepada diri kita, menjadikan kita hambaNya yang lebih bertakwa, umat Nabi Muhammad yang lebih baik, anak yang soleh & solehah kepada ibu bapa kita dan sebagainya. Moga Ramadhan ini dapat mentarbiyah kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Amin... 

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" - (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Sunday 3 June 2012

I'm a Career Girl~

Dah lame giler x update blog nie, da berhabuk dah...nak2 skang da bekerja, lagi la susah nak update blog huhu...busy je memanjang...x sangka pejam celik pejam celik rupenye dah sebulan dah aku kerja. Memasuki fasa baru dalam kehidupan sebagai orang bekerjaya (jaya la sgt...hehe..) nie memang tersangat2 memenatkan, seriously! rasa macam nak kembali ke zaman belajar pon ada huhu...bayangkanlah baru je 2nd week bekerja, aku dah macam xde weekend dah sebab banyak giler kerja nak kena siapkan sampaikan hari minggu pon x boleh nak rehat. Sampai nak demam2 jugak lah haha, almaklumlah mula2 kerja, terkejut...kerja banyak sangat, tapi dah lame2 nie ok lah, dah dapat biasakan diri hidup sebagai orang bekerjaya. Barulah aku dapat merasai sendiri betapa susahnya abah aku kerja selama ini nak membesarkan kami 6 beradik huhu...    

Sebagai "budak baru belajar" nie, memang banyak yang aku perlu belajar lagi. Baru sedar banyak benda yang aku x tahu lagi, ijazah tu just tiket or lesen je untuk dapatkan kerja, hakikatnya bila dah kerja nanti barulah kita tahu yang ilmu yang kita ada tu tersangat2 lah sedikit kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dah lama bekerja. Rasa kerdil pulak diri ini bila berada dengan orang2 yang terer bab2 IT nie, walaupun itu bidang aku jugak hehe...aku rasa ilmu mereka tersangatlah banyak...selalu la jugak bertanya, tapi kadang2 tu segan la jugak hehe...nasib baik dorang nie ok je, walaupun kadang2 dorang nie saje je nak main2kan kami budak2 baru nie, tapi yang sebenarnya dorang nak kita explore sendiri, carik solution sendiri, dah kerja nie dah x boleh nak harap orang suap je, kalau time study dulu bolehlah... 

Dalam sebulan bekerja nie, memang banyak ilmu dan experience yang aku dapat, alhamdulillah...harap aku dapat menimba banyak lagi ilmu selepas ini. Bagi aku kerja nie bukan setakat kita pegi kerja, buat kerja, then balik, tapi kerja nie juga adalah masa untuk kita belajar jugak sebenarnya, belajar tentang apa2 yang berkaitan dengan kerja kita dalam skop yang lebih luas, belajar untuk menjadi lebih matang, belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Apa yang penting ialah niat kerana Allah, setiap kerja yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah kerja yang paling berkat. Moga Allah memberkati setiap pekerjaanku, amin.

Saturday 21 April 2012

Nikmat Kaffarah Dosa

Assalamualaikum...
Entri kali nie berkaitan dengan diri sendiri sebab sekarang nie x sihat. Virus selesema+batuk+lelah selalu je datang menyerang tanpa meminta izin terlebih dahulu hukhuk...dahla esok nak kena trun kl, ada interview ari senin nie huhu...memang dugaan... memanglah semua orang nak sihat kan, tapi kalau dah diserang penyakit nak wat camane, redha jelah...Bila difikirkan balik, ada hikmah jugak sebenarnya di sebalik nikmat sihat yang ditarik dari badan kita nie, Allah nak uji sejauh mana kita bersabar dengan dugaan yang Dia bagi, Dia nak kita sentiasa ingat kat Dia dan yang paling menariknye sakit itu juga sebenarnya adalah suatu nikmat yang Allah bagi sebagai penghapus dosa kita. Sebagai manusia memang kita tak terlepas dari melakukan dosa. Bukan senang tau Allah nak padam cam2 je dosa2 yang kita pernah buat tu, jadi bersyukurlah dengan nikmat sakit yang kita terima.


p/s: Wish me luck for d interview this monday~ =)

Tuesday 10 April 2012

Permainan Zaman Kanak- Kanak Riang

Korang penah main Saidina atau Jutaria tu x?alah...yang main baling2 dadu, pas2 dpt giliran pas2 dapat duit masing2 tuh, n then boley beli tanah pas2 boleh la wat  rumah or hotel. hah yang menang main tu kire jutawan laa...mesti korang penah main kan time sekolah dulu? nak2 time lepas exam UPSR, PMR / SPM dulu kan. Saidina / Jutaria tu kire permainan feveret la time tu hehe...

Jutaria~ murah baaanyak dari Saidina. boleh dpt dalam harge bawah RM5 jer.
 Setelah b'tahun2 x main mende alah nie, baru2 nie adik bongsu aku adelah wat balik 1 set permainan jutaria nie, katenye kawan dye yang bagi, fuhhh baek betol budak nie, ntah2 mak dye pon x tau dye bagi permainan kat orang nie. Ak nak main, tapi sebenarnye dah x ingat sangat cane nak main mende nie, lame kot dah x main huhu. So, adik aku bagi jawatan pegawai bank jelah kat aku haha...

tugasku sebagai peg. bank. siap ade calculator lg tu, in case lambat nak m'congak2 dlm kepala haha...
Bile tengok adik2 main nie rase bagus jugak permainan nie. Boleh meningkatkan kemahiran berniaga , boleh melatih diri mengira dengan cepat dan jugak boleh mengeratkan silaturahim walaupun ktorang nie banyak gaduh je time main tu, ada yang main tipu lah, nak curik duit dari bank lah... haha macam2...tapi memang x dinafikan best main nie.

Mesti korang tengok permainan nie korang akan teringat zaman kanak2 riang korang dulu kan? hehe... zaman2 aku dulu rasenye x sah kalau x main jutaria / saidina nie. Wajib ade nie hehe...kalau x dapat beli saidina yang mahal tu, dapat beli jutaria yang harge murah tu pon da best sangat dah. Pas beli ajak kawan2 or adik bradik main ramai2. Haha memang best...time tu la nak main tipu2 ke gaduh2 ke ngan kaum kerabat sume...hehe rindu zaman kanak2 riang kan... =)

Friday 6 April 2012

Selamat Hari Lahir Abah!!!

My Abah My Hero~

Tanggal 5 April 2012 merupakan hari lahir abahku yang ke- 49. Tapi entry nie dipost lambat ckit sebab busy sangat, byk keje umah nak kena buat almaklumlah 'penanam anggur' yang berjaya, x sempat nak mengarang panjang2 huhu...pape pon along nak ucapkan Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi Abah!!! Selamat Hari Jadi...Along doakan moge abah sentiasa dirahmati Allah diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur selalu~ Terima kasih banyak2 abah kerana sentiasa berada di belakang menyokong dan membantu along selama nie huhu...

Tentang My Abah

Namja2 kesayanganku...

- Abahlah yang selalu call  time blaja dulu smpaikan kawan2 aku pon jeles, sebab kalau dorang x de nye ayah dorang call dulu, mesti dorang yang kena call ayah dorang dulu hehe... kalau aku, x sempat nak call abah/ ma, mesti abah yang akan call dulu, selalu sangat cam2 huhu...so jimatlah kedit, tapi rasa bersalah sebab macam kita x ingat kat dorang plak, padahal aku x sempat nak call sebab abah advance sgt, selalu xpress bab call2 anak2 dye hehe...

- Satu lagi, kalau ada pape yang berkaitan dengan sekolah/ pelajaran/ ape2 saje urusan yang melibatkan anak2, mesti abahlah yang paling risau dan ambil berat, contohnya hal2 permohonan kerja aku sekarang nie, kalau boleh semua benda yang dia mampu tolong, dia akan tolong uruskan huhu rasa bersalah pon ada kadang tu, rasa terlalu bergantung pada abah la plak huhu...terasa sangat2 beruntung ada seorang ayah macam abah.

- Abah suka membebel gak kadang tu, nak2 kalau anak2 dia buat x serius or sambil lewa je bab2 pelajaran or urusan2 penting. Kalau abah membebel boleh kalah ma aku rasanya haha...Hahh time tu dengo jelah...dah tu memang salah kita kan, terima jelah. Tapi walau macamana dia membebel sekalipun lepas tu dia akan tolong uruskan jugak urusan2 penting yang kami buat sambil lewa tu huhu...memang terbaekkk lah abah...respek sangat2.

- Abah jugak seorang yang amat mementingkan masa. Contoh yang selalunya bila aku nak naik bas balik KL lah, kalau bas kol 10, kol 8.30 da suruh siap2 dah, paling pantang dia kalau kitorang lambat, memang kena bebel la jawabnye. Kalau ada tertinggal barang lagilah...tadah jelah telinga tu, sape suruh x siap awal2 sangat kan. Tapi ada baiknye jugak sebab kadang2 tu bandar ganu nie pon jammed gak, x tentu..so, kalau nak selamat keluarlah awal2. Lepas tu kalau ada barang2 tertinggal boleh la patah balik amek balik walaupun xde lah dekat sangat pon sebenarnya stesen bas ngan rumah aku nie, tapi kalau dah keluar awal mungkin adelah jugak rezeki nak amek balik barang yang tertinggal tuh.

Huu panjang la pulak entry pasal birthday abah nie...kalau nak cerita lagi mau  berjela2 karangan aku nie, cukuplah setakat nie je huhu...dan kesimpulannya aku sangat2 beruntung kerana dikurniakan seorang abah yang begitu cool, suppportive, caring, dependable etc. Sarangahae abah!!! Luv u soooo mucho~

Tuesday 3 April 2012

JANGAN!!!

Baru terbaca dari page fb koleksi ceramah Ustaz Don, beberapa perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan lakukan sehari-hari tanpa kita mengetahui kesannya terhadap kehidupan kita sebagai seorang Muslim dan khalifah di bumi Allah ini. So, nie kirenye nak berkongsi la sedikit ilmu yang baru diketahui ini.

1) JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. (nie biasa sgt kite buat btol x kawan2? nak2 time study dlu.huhu...nak kena blajar ubah tabiat yg 1 nie)

2) JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

3) JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna. (bersederhana sudah...x payah la nak pakai brg kemas byk2 macam mami jarum tu..)

4)  JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5) JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

6) JANGAN biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

7) JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

8) JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

9) JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan, hilang bahagia.

10) JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

11) JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

12) JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa.

13) JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

14) JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

15) JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

16) JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk keselamatan dan kesejahteraan kita.

Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui Segala-galanya...Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan- Nya. Amin...


Source:

Monday 16 January 2012

Terima Kasih Allah

Nak berkongsi satu kata-kata yang sangat memberi kesan buat aku: "Sebelum berterima kasih kepada orang, berterima kasih dulu kepada Allah kerana kebaikan itu diberikan oleh Allah kepada kita melalui orang tersebut."
Rasa sangat bersyukur kepadaNya kerana telah mengirimkan insan- insan yang baik hati untuk menolong hambaNya yang lemah dan kerdil ini. Nikmat yang Allah beri memang tersangat2 besar, tapi kadang2 kite lalai dan lupe untuk bersyukur padaNya.
Terima Kasih Ya Allah...

Keje oh Keje...

Bile da abis blaja nk kene pikir pasal keje plak hoho takut plak rase nak masuk ke alam pekerjaan nie.Dulu lepas abis spm takut nak masuk u, skarang da abis blaja kt u takut nak keje plak..haishhh...Pasni da xleh main2 macam mase jadi student dlu da, tanggungjawab makin besar, bila da bekerja kite da kene jadi lebih matang, almaklumlah da jadi org dewasa kekeke, da xde da pemikiran macam budak2, sume nak kne suap. Kalo x nti xde org nak amek keje plak hoho...so now, time for job hunting, yeah!

F.Y.P

Sem nie adalah sem akhirku kat uia nie huhu... setelah 1 tahun setengah kat pj & 4 tahun kat gombak, akhirnye aku bakal bergelar graduan uia walaupun blom secare official lg hehe...walaupun da abis memerah otak mengadap coding fyp, tapi minggu nie nk kene focus kt the last thingy yg nk kne setel b4 balik kampung iaitu fyp showcase plak. x tau la nk cakap ape, x caye sebenarnye boleh masuk showcase sbb rase system yg ak buat nie bese2 jer. happy dpt msuk showcase tpi dlm mase yg sme rase sgt cuak sbb nk kne present kat depan 3/4 judges dari company luar hoho...moge Allah permudahkan kami2 sume mse showcase nti...

Rindu Korea!!!

Ok entri kali ni namanya entri malas nak menaip. So kita cuci mata tgk gambar keindahan alam ciptaanNya jelah ye hehe... kat bawah ni antar...