Saya terdetik untuk berkongsi mengenai ibadah yang boleh dilakukan oleh kaum Hawa ketika ber'cuti' di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mesti ramai di kalangan kita yang berasa agak kecewa kerana tidak berkesempatan untuk beribadah seperti yang lain kan?huhu... Tapi percayalah Allah itu Maha 'Adil, walaupun kita diberi 'cuti', tidak boleh solat, tidak boleh berpuasa & tidak boleh membaca Al-Quran, kita masih boleh mengutip seberapa banyak pahala yang boleh ketika Ramadhan ini. Saya mendapat informasi ini pun dari blog2 yang saya baca, sekadar untuk berkongsi sesama rakan2 muslimah. Harapnya dapat menjadi informasi berguna kepada semua.
Wanita Insan Istimewa
Kaum Hawa nie memang istimewa kan? Allah siap beri cuti lagi kat kita tiap-tiap bulan.
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.
Subhanallah, Engkau Maha Pemurah ya Allah. Begitulah betapa sayangnya Allah kepada kita wahai wanita2 muslimah sekalian.
Tips2 Ibadah Wanita Ketika Ber'cuti' di bulan Ramadhan
1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan.
2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqamah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.
Disebutkan di dalam hadis;
"Doa di antara azan & iqamah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi]
3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;
i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.
ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.
iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]
4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-ma'thurat pagi & petang.
5) Berdoa & beristighfar.
6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)
7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.
8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.
Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]
9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat
Semoga kita sama- sama dapat mengumpul pahala Ramadhan dengan sebanyak- banyaknya. ^_____^
Source: http://syauqahwardah1209.blogspot.com
To be Continued...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.