Wednesday 2 December 2015

[Review] BBQ Chicken Malaysia - Korea's No 1 Chicken Restaurant

Hai assalamualaikum... first time nak buat review restoran / makanan ni. Baru2 ni pestime dapat merasa makan ayam goreng yg memang pemes kat Korea iaitu BBQ Chicken. Kalau korang nak tau BBQ Chicken dah bukak banyak cawangannya kat Malaysia ni. Korang boleh refer kat facebook page BBQ Chicken Malaysia ni or website BBQ Chicken. Bukak2 je website tu korang akan nampak muka mamat kacak Lee Jong Suk kat advertisement website tu hehe...



Aritu ak try makan BBQ Chicken ni kat IOI CIty Mall. Ak order set yang bawah ni, sedapppp!!! Nama set ni Gangjeong Chicken Set x silap. Disertakan dengan nasi, ayam gangjeong 4 ketoi dan ice peach tea. Sos kat ayam dia tu rasa pedas2 manis gituu i loike!!!. Memang aku rekemen set ni kalau korang nak datang BBQ Chicken ni. Tapi rege mahal ckit lah hampir RM20 untuk satu set tu bila dah campur tax sume ..but still berbaloi coz memang kenyang giler lepas tu. Maybe sebab nasi Korea or Jepon ni memang mengenyangkan kott..x sure la aku tapi selalu camtu la kalo makan makanan Korea mesti kenyang giler2. 


So kalo korang nak rancang siap2 nak makan apa nanti bolehla jenguk2 dorang punye facebook page and website. Boleh tgk jugak harga menu kat MENU BBQ CHICKEN ni. Kalau yang Set macam ak amek tu rasanya xde lam website sebab tu untuk lunch treat. So kalo sesape especially kpoppers yg dah lame terliur nak makan BBQ Chicken Korea yg salu kite duk tengok dorang makan lam drama Korea tu nanti boleh la try makan kat sini. Kalau macam ak terpengaruh sebab my fav ever Korea group, TVXQ pernah join CF atau iklan untuk BBQ Chicken ketika zaman kegemilangan ber5 dorang waktu muda2 dulu heheh...boleh tengok video tu kat bawah ye XD. BBQ Chicken dekat IOI City Mall dah ad sijil halal JAKIM tau. So xdelah kita ragu2 dah kalau nak makan. Ok sekian...tetibe ak lapar balik bile tengok gambar2 and video BBQ Chicken ni. Kbai jom makan haha... ;)



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Rindu Korea!!!

Ok entri kali ni namanya entri malas nak menaip. So kita cuci mata tgk gambar keindahan alam ciptaanNya jelah ye hehe... kat bawah ni antar...